Followers

Thursday 29 November 2012

Punca Kegemukan



RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!
Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan  petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.
 1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
 2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia. 
3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
 4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
 5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
 6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
 7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk  mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.
Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.
 8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
 9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.
 10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. 
JADI, sekarang semuanya ada pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.
Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai.

saya dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang Ideal dengan cara selamat,sihat dan cepat..
Hubungi Shahir : 017-9367383


PAGE FACEBOOK 


Slim diet II (sd2)

Saturday 17 November 2012

K29-Minuman tenaga



Pada 1953 Encik Hans Adolf Krebs menerima Anugerah untuk penemuannya dalam proses mengeluarkan tenaga dimana makanan sepenuhnya dicernakan dan bertukar kepada tenaga. Micro-nutrients adalah spesifik vitamin, mineral dan gabungan asid amino dengan cepat menukarkan semua makanan kepada tenaga. Perkara yang paling penting untuk diingati ialah jika mana-mana daripada micro-nutrient ini yang kurang atau tiada, ia boleh mengurangkan kesan pertukaran makanan kepada tenaga.

Kitar Krebs.

Kitar Krebsis adalah kitaran kompleks yang dilakukan reaksi biokimia dalam setiap tempoh sel hidup. Kegunaan kitaran ini adalah untuk menghasilkan tenaga yang penting untuk membawa keluar semua kegunaan kepada sel. Ia mempunyai pelbagai proses, melibatkan banyak reaksi biokimia yang berbeza. Setiap reaksi ini mempunyai kimia spesifik yang dikehendaki dimana mesti dibekalkan melalui makanan yang kita ambil.

Jika nutrien memerlukan apa-apa langkah kitaran sama ada tidak hadir atau dalam bekalan yang sedikit, keseluruhan kitaran akan menghilangkan keseimbangan dan badan dapat menghasilkan tenaga dimana keperluan disekat. Sebaliknya, membekalkan semua nutrien itu akan memudahkan pembuatan proses tenaga. 

Dalam beberapa negara New Image, K-28 dipasarkan sebagai K-29.

Walaupun Kitaran Krebs tela diketahui selama beberapa tahun, sains moden hanya baru-baru ini Berjaya menjumpai apa faktor pemakanan yang sebenarnya terlibat. Untuk sebab ini, pendekatan klasik untuk 'makanan tenaga' belum berhasil dengan jayanya. Sebagai pemakanan difahami dengan lebih baik, sekarang adalah tidak mustahil untuk mencipta Broad-Spectrum Nutritional Supplement untuk membawa semua langkah-langkah Kitaran Krebs, dengan baik seperti mana kitaran penting biokimia yang lain pergi kesetiap sel, kepada keseimbangan dan beroperasi pada kecekapan yang maksima. K-29 adalah begitu sahaja.

Bagaimana ia berlaku?

K-29 dicipta untuk memberi semua vitamin penting, mineral, dan asid amino dalam keseimbangan sempurna dan kuantiti untuk memberi badan anda tenaga tambahan yang anda perlukan seharian.

Hanya seperti enjin kereta anda menukarkan bahan api kepada tenaga, begitu juga K-29 di dalam badan anda. Apabila enjin dihidupkan dengan teruk apa jenis perbatuan gasoline yang anda akan dapat? Badan anda tiada bezanya. Pemakanan teruk 'menala' membawa kepada tenaga yang teruk 'gasolin' daripada makanan yang anda makan. Anda 'kehabisan gas' dahulu sebelum anda masa berjalan selama sehari!

K-29 mencegah dengan memberi anda tenaga tambahan yang anda perlukan untuk anda menghabiskan harian anda dengan kecergasan dan semangat! Semua kitaran biokimia badan mesti 'meningkat naik' dengan tujuan dapat menggunakan tenaga maksima daripada makanan anda. K-29 memberi peningkatan terus pemakanan seimbang seumur hidup.

K-29 adalah sesuai untuk semua orang daripada anak-anak muda, terus pada orang yang bersukan, orang tua, mengandung, dan ibu menyusu khususnya orang yang aktif.

Formula unik protein soya terpencil dan gentian, susu tepung tanpa lemak, gentian kacang soya vitamin dan mineral faedah boleh didapati dalam dua borang. Masukkan formula susu kedalam jus buah-buahan atau susu untuk satu campuran yang sedap - atau mengunyah pada satu bar tenaga seperti satu penggantian hidangan lengkap.

Berat Bersih : 420g 
Hidangan : 28 
Penggunaan : Dua sudu penuh bersama 200/250ml air/susu. 
Waktu pengambilan : 1 jam sebelum bersukan Catatan : Untuk kanak-kanak, gunakan dalam kuantiti yang kecil daripada yang disyorkan

Hubungi Shahir : 017-9367383


PAGE FACEBOOK 


Slim diet II (sd2)










Friday 16 November 2012

Onani punca gemuk?



Adakah onani punca gemuk? Ingin tahu info mengenai ini? Apa kata anda baca maklumat lanjut tentang artikel yang saya petik dari Utusan Malaysia ini.

Soalan:

SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?




Jawapan:


Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Thursday 15 November 2012

Perkahwinan Dapat Mengelakkan Penyakit Sifilis



Sifilis adalah salah satu jenis penyakit kelamin yang amat berbahaya. Jika ia tidak dirawat pada kadar yang segera setelah mendapat simptom-simptom awal, ia boleh melarat dan boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang boleh merosakkan organ tubuh anda yang lain.


Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan mengenai penyakit sifilis ini, mari saya kongsikan serba-sedikit pengenalan dan info-info asas mengenai penyakit sifilis ini.


Sifilis ialah Penyakit Kelamin Berjangkit (STD – Sexual Transmitted Disease) yang berpunca daripada bakteria yang bernama spirochete. Cara ia disebarkan ialah tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seks rambang, walaupun ada sesetengah kes ianya boleh juga disebarkan melalui pemindahan ibu yang sedang hamil kepada bayi dalam kandungannya.

Penyakit sifilis boleh dirawat dengan antibiotik dan pencilin. Jika penyakit ini dibiarkan tanpa apa-apa nasihat doktor atau rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakkan serius pada jantung, aorta, otak, tulang, malah ia boleh menyebabkan buta. Sesetengahnya kes, ia boleh menyebabkan maut jika lebih serius.
Peringkat-peringkat Jangkitan Sifilis
  
  • PERINGKAT 1: Ulser akan mula kelihatan dan warna kulit kemerah-merahan pada bahagian samada vagina, dubur, zakar dan mulut anda. Walaubagaimanapun, ulcer ini akan hilang selepas beberapa minggu. Seseorang yang mengidap sifilis ini tidak akan sedar dia dijangkiti kerana ulcer ini akan muncul dan hilang kemudian ia akan muncul kembali selepas beberapa hari atau minggu.

  • PERINGKAT 2: Jika selepas simptom di atas muncul dan masih lagi pengidap tidak melakukan sebarang rawatan atau berjumpa dengan doktor, ruam akan mula timbul pada bahagian badan, tapak tangan dan tapak kaki. Ulcer akan mula timbul semula pada bibir, mulut, kerongkong, vagina dan dubur. Pengidap juga akan mula dilanda selsema, demam dan sakit badan. Peringkat kedua ini akan berlangsung selama 1-2 minggu dan akan hilang semula walaupun rawatan tidak dilakukan.
  • PERINGKAT 3: Walaupun simptom-simptom di atas akan mula hilang, pengidap masih lagi ‘memendam’ penyakit sifilis ini secara tidak disedari. Jika anda rasa ragu-ragu, anda boleh lakukan ujian darah bagi mengesan kehadiran penyakit sifilis ini di hospital.
  • PERINGKAT 4: Ini merupakan tahap kritikal. Bakteria spirochete tadi akan mula merebak ke seluruh bahagian badan yang melibatkan otak, jantung, saraf tujang dan tulang. Gejala-gejala seperti kesukaran berjalan, kebas, buta akan mula timbul. Jika lebih parah, kematian boleh juga boleh berlaku!
Di peringkat awal, penyakit sifilis ini mudah dirawat. Hanya perlukan rawatan antibiotik daripada doktor, sudah boleh sembuh. Tapi jika sudah melarat ke tahap kritikal, ia sukar dirawat.
Cara terbaik mencegah penyakit sifilis ini adalah:

Jangan sesekali melakukan seks rambang dan perhubungan seks bebas bertukar-tukar pasangan! Perkahwinan merupakan cara terbaik sebagai langkah pencegahan penyakit ini.

Tuesday 23 October 2012

Senarai pengedar SAH produk Alpha Lipid



Malaysia,Brunei,Indonesia dan Singapura 



kami ingin mempersilakan anda yang mempunyai keinginan untuk menambah pendapatan, untuk turut serta bersama saya. menjadi pengedar diseluruh Malaysia,Indonesia,Brunei dan Singapura.

Slim diet II (sd2) : Hadiah istimewa Menanti Pengedar yang berpangkat Ruby, Emerald dan  Diamond 

1) Anda akan diajar dari A-Z
2) Prestasi anda akan dipantau
3) Latihan akan diberikan
4) Promosi berterusan dari saya di blog, FB dan media lain
5) Latihan Pemasaran, teknik-teknik Kunci Jualan
6) Hadiah Pencapaian bagi Manager, Ruby, Emerald dan Diamond
Shahir 017-9367383 seluruh malaysia
jika berminat hubungi saya bagi memudahkan saya memberi penerangan yang jelas tentang perniagaan ini..

Alpha lipid lifeline,Alpha lipid  slim diet 2, fibermax, energy plus k-29, sleep time, bio rejuv,RDA dan byk lagi..

kami tidak menjanjikan mimpi indah untuk anda, tapi setiap langkah anda menjadi mimpi indah di sepanjang hidup anda.



Kami memerlukan pengedar disetiap negeri dan daerah
caranya cukup mudah hubungi saya 017-9367383 dan nyatakan tempat anda..
nama anda kami akan letakkan disenarai pengedar di Fb page dan blog saya.

PENGEDAR SELANGOR & KL
Pengedar masih diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR PUTRAJAYA:
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR SARAWAK :
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR SABAH :
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR PULAU PINANG
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR KEDAH & PERLIS
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR TERENGGANU
Kuala Berang : kak zie 019-9737909
Kemaman :Amin 017-9399319
Dungun :kak Ton 019-9267122
Dungun :marzuki 0199830089
Kuala Terengganu: norrizam 019-9853880
Marang
:
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR MELAKA
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR KELANTAN
Pengedar diperlukan :Call 017-9367383

PENGEDAR JOHOR
Seluruh Johor :Kak Maznah 012-7484631

Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR PAHANG
Kuantan : Amin 017-9399319
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR SINGAPURA
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR NEGERI SEMBILAN
Pengedar  diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR PERAK
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR BRUNEI
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383


PENGEDAR LABUAN
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

PENGEDAR INDONESIA
Pengedar diperlukan : Call 017-9367383

Boleh Hubungi saya Shahir 017-9367383 

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...